Tuesday, May 18, 2010

Bubur Nasi & Ayam Goreng Brokoli (untuk 2 orang)

Bubur:
- Beras
- 2 biji kentang (dihiris nipis)
- ¼ biji lobak merah (dipotong dadu)

Ayam Goreng Brokoli
- 1 bahagian dada ayam (dipotong kecil)
- Brokoli
- 2 biji tomato (potong ikut kesesuaian)

Cara Memasak:
- Basuh beras sehingga bersih.
- Masukkan hirisan kentang dan lobak merah ke dalam beras.
- Masukkan juga sedikit perasa masakan Knorr Pasti Sedap untuk rasa yang lebih enak. Boleh  juga menambah garam jika perlu.
- Tunggu sehingga beras, kentang dan lobak masak.

- Ayam yang telah dipotong hendaklah diperap bersama serbuk kunyit selama 15 minit.
- Untuk mengekalkan kesegaran brokoli, rendam ia di dalam air panas selama 10 minit.
- Kemudian, goreng ayam sehingga masak.
- Kecilkan api dan buang sisa minyak dari kuali dan masukkan hirisan tomato dan brokoli.
- Padamkan api selepas campuran sebati.



Ok, my instructions are a bit out there… but, it’s really simple. I’ve took 20 minutes to finish the two dishes. (I’m a bit slow in the kitchen compared to others)

The bubur: it look simple but yummy… and healthy.

4 comments:

  1. mcm besh!
    but...utk 2 org?
    yg mkn sorang?
    heh!

    ReplyDelete
  2. utk 2 kali mkn.. lunch n dinner.. save $$$ and save time.. haha...

    ReplyDelete
  3. SyuQ: erm, sedap & simple.. try la..

    ReplyDelete